Sambutan Hari Belia Negara 2026

18 Mei 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 15 hingga 17 Mei 2026, telah berlangsungnya Sambutan Hari Belia Negara 2026 Peringkat Kebangsaan bertempat Di D'Tempat Country Club Sendayan, Negeri Sembilan. Terdapat pelbagai aktiviti sepanjang sambutan Hari Belia tersebut antaranya latihan dan bengkel, pocket talk, tawaran pekerja, pertandingan-pertandingan untuk para belia dan reurai agensi belia, kerajaan dan NGO yang terlibat memeriahkan Hari Belia.

MCMC turut terlibat dalam reurai Pameran NADI dan Kempen Internet Selamat dan permainan tiny techies. Petugas NADI Felda Pasoh 2 telah terlibat dan memainkan peranan dalam membuat hebahan informasi 5 perkhidmatan Pintar NADI, portal aduan MCMC dan Kempen Internet Selamat, Pendaftaran ahli NADI, permainan Kempen Internet selamat serta edaran brosur Kempen Internet Selamat kepada para pengunjung.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali